THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, January 14, 2009

Muqaddimah

Surah Al-Anfal yang bermaksud: Janganlah mengira orang-orang kafir,bahwa mereka akan terlepas dari hukuman kami. Sesungguhnya mereka tidak dapat melemahkan kami.>Ayat 59<

Sekarang ini Rejim Zionist semakin bertindak Kejam terhadap Umat Islam di Gaza.Mereka membunuh sesiapa sahaja tanpa mengira tua atau muda bahkan kanak-kanak sekalipun.
Apakah kita sebagai Umat Islam hanya melihat dan merenung sahaja.Apakah kita hanya mampu berkata "kesiannya rakyat palestin","kenapalah kaum Israel jahat sangat".Apakah hanya perkataan itu yang dikeluarkan
dari mulut kita.....?Tiada gunanya kita hanya melafazkan perkataan sebegitu.sekurangnya-kurangnya keluarkanlah zikir atau doa yang ikhlas dari mulut beserta hati kita.
Lakukanlah solat hajat...Jika berlainan Agama Berdoalah mengikut kepercayaan masing-masing...Berbagai-bagai cara yang kita boleh lakukan
untuk memebantu rakyat Islam di palestin!!!

Dalam keadaan tidak sedar,setiap hari kita memeberi sumbangan kepada pihak yahudi untuk mengobek nyawa saudara kita yang
berada di Palaestin..
Sedarlah saudaraku!!!!!!!!!!!
Bangkitlah saudaraku!!!!!!!!!!!

Ayuh....Bersama-samalah kita berjihad untuk membantu saudara kita yang berada Palestin.






Inilah kebenaran yang sedang berlaku di Palestin sekarang ini,
Bayangkan jika kita berada di tempat mereka !!!!!!!

Berapa ramai lagikah yang akan menjadi mangsa korban Israel??? Nescaya sampai tidak akan terhenti...
Apakah kita akan terus melihat dan terus melihat...???

Ayuh !!!!!!!!!!!!!
Bersama-sama kita mengembalikan semula zaman kegemilangan Umat Islam......

Amaran Keras Allah kepada Bani Israel

AL-QURAN telah diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. untuk disebarkan sebagai petunjuk bagi seluruh manusia.
Di dalam Al-Quran terdapat perintah Allah dan larangannya,bahkan juga keteranngan mengenai ilmu duniawi,mengenai alam ghaib dan alam zahir,undang-undang untuk manusia,binatang dan seluruh makhluk.Bahkan di dalam Al-Quran juga terdapat apa yang disebut sebagai'Anbaak Al-Ghaib',atau kenyataan Allah mengenai hal-hal yang dapat dilihat oleh manusia dan belum dapat dijangkau oleh ilmu pengetahuan mereka.Memang terdapat banyak contoh-contoh dari Anbaak Al-Ghaib yang terdapat di dalam
Al-Quran untuk disebut secara terperinci.Di antara Anbaak Al-Ghaib itu ialah ayat-ayat mengenai Bani Israel,tentang sifat dan sikap buruk mereka terutama tentang keangkuhan,kedegilan,kemungkaran,dan kecurangan mereka terhadap manusia.Bani Israel itu pada masa ini tidak lain dari bangsa Yahudi,yang tabiat dan tingkah laku mereka telah diketahui dan fahami oleh manusia di seluruh dunia.

Allah telah berfirman dalam ayat 78Surah 5(Al-Maaidah) yang bermaksud:

Telah dilaknat orang kafir dari Bani Israel,menerusi lisan Daud dan Isa anak Maryam,adalah kerana tabiat mereka yang sering durhaka dan melampaui batas.

Bukti tentang kemungkaran atu kejahatan yang sering dilakukan oleh orang Yahudi sejak dahulu telah disebut juga di dalam Bible,walaupun dalam kitab kristian itu terdapat sebahagian dari tulisan-tulisan yang disifatkan oleh mereka sebagai petikan dari Taurat (Old Testament) yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

Dalam Surah Deuteronomy,ayat 28,64,65 Nabi Musa dikatakan telah berkata:


And the Lord shall scatter thee among all people,from the ono end of the earth even unto the other.....and among thesen nations shalt thou find no ease,neither shall the sole of thy foot have rest.But the Lord shall give thee a trembling heart and failing of eyes,and sorrow of mind.

Maksudnya:

Dan Tuhan akan menyerahkan kamu hidup di tengah masyarakat manusia di seluruh dunia..... dan kamu tidak akan hidup aman. Bahkan kamu akan merempat dan kamu akan berada dalam ketakutan sepanjang masa.

Ayat ini tidak lain dari doa Nabi Musa a.s kepada Allah kerana kecewanya terhadap bangsanya sendiri yang telah mengingkari perintahnya pada hal segala kemahuan mereka telah ditunaikannya.Begitu kecewanya Nabi Musa a.s terhadap kaumnya dan marahnya terhadap mereka hingga baginda pergi meninggalkan mereka.Sesudah baginda pergi tidak ada siapa pun di antara mereka yang tahu ke mana baginda pergi malah bila baginda wafat dan dimana kuburnya.

Hubungan Yahudi-Amerika

Semua orang tahu bahawa negara Israel yang wujud hingga sekarang di Palestin didalangi oleh kuasa-kuasa besar dan sekutu
mereka ssudah berjaya menewaskan musuh merekadalam perang dunia pertama,Seluruh dunia juga tahu betapa eratnya hubunganya
di antara Amereka dan Israel.Bahkan nadi nrgara Israel tidak mungkin berdenyut kalau tidak dibantu dan dilindungi oleh
Amerika secara langsung sejak nrgara zionist itu ditegakkan lebih 40 tahun dahulu.

"Sejak lepas perang dunia kedua,mungkin tidak ada jaminan keselamatan yang paling meyakinkan bagi negara Israel lebih
daripada jaminan yang diucapkan oleh Presiden Truman pada bulan Oktober tahun 1948:

"Kami berikrar kepada nrgara Israel bantuan yang maksimun,sedaya upaya dan secukupnya
untuk menjamin keupayaan penduduknya menyara dan mempertahankan diri sendiri."

Dengan ikrar itu,pada hari ini hubungan erat di antara Amerika dengan Israel ibarat "Bagai isi dengan kuku"

Dari sudut ekonomi,bantuan Amerika kepada Israel jarang diumumkan,tetapi suatu sumber yang hampir dengan rumah putih
mendedahkan bahawa sejak perang dunia kedua wang yang dicurahkan oleh Amerika untuk membantu Israel tidak kurang dari
USD11,000 juta,sementara kiriman wang dari punca swasta berjumlah USD 25,000 juta.Ini bereti bahawa kiriman sejumlah
USD36,000 juta telah dicurahkan oleh Amerika kepada negara Israelsejak lepas perang,atau USD1,400 seorang setiap tahun.
Bantuan ini bertambah dari tahun ke tahun daripada USD800 juta tahun 1970 bertambah menjadi USD1.5 Billion tahun 1971.

Cadangan dan Kritikan

Cadangan Saya

1)Memboikot semua barang yang menyumbang kepada rejim zionist!!!
Jika kita tidak melakukan sesuatu,siapa lagi yang mampu lakukan.Takkanlah kita nak harapkan orang lain.
Ingat!!!sekali kita membeli barang yang menyumbang kepada rejim zionist solah-olah kita telah membantu mereka membunuh
membunuh Umat Islam di Palestin...

2)Setiap badan kerajaan ataupun bukan kerajaan harus mengadakan kempen Anti-Israel untuk menunjukkan perasaan kita kepada
pihak Israel.Mungkin di peringkat sekolah juga harus diadak,ini bertujuan menyedarkan golongan remaja tentang kekejaman Israel

3)Jalankan kutipan derma di peringkat pejabat,sekolah mahupun dari rumah ke rumah.Ini bertujuan menyedarkan semua masyarakat tentang peri-pentingnya kerjasama antara satu sama lain.

4)Kerajaan Malaysia juga harus menghantar pasukan askar ke Palestin.Walaupun kita telah menghantar ramai pasukan
paramedik ke sana,namun ia masih tidak mencukupi.Seperti di Indonesia mereka telah menghantar seramai seribu pejuang PFI
untuk berjihad di Palestin,walaupun jumlah itu terlalu sedikit,namun ia cukup untuk membuat negara mereka bangga dengan
pejuangnya Islam-nya.

5)Diharap Perdana Menteri kita dapat mendesak PBB agar menghentikan rejim Zionist supaya menghentikan kekejaman
yang telah mereka lakukan di Palestin.

6)Kepada semua masyarakat di Dunia,bersama-samalah kita berdoa dan solat hajat kepada saudara kita yang berada di palestin bagi yang Muslim.Dan bagi yang non-Muslimberdoalah mengikut kepercayaan masing-masing.




Kritikan

Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) sekarang ini dilihat tidak releven...Ketidakadilan dilihat berlaku kepada
Umat Islam.Ini kerana kuasa Beto dikuasai oleh lima negara bukan Islam.Tetapi kita juga harus menyalahkan masyarakat kita
yang bersikap endah tak endah.Hal ini berlaku kerana mereka fikir kita tidak harus campur hal nrgara lain.Prinsip ini salah sama sekali,cuba kita fikirkan bagaimana jika hal ini berlaku di negara kita?siapakah yang akan membantu kita jika kita
tidak membantu mereka,,,cuba anda renung dan fikir!!!

Boikot Israel

Di sini disenaraikan antara produk kegunaan harian yang anda boleh tukarkan kepada produk HPA:

  • Air minuman : Air Mineral HPA
  • Ayam : Ayam Organik HPA
  • Baja : Baja Organik HPA
  • Bedak : Bedak Talkum Lelaki, Wanita dan Bayi
  • Beras : Beras Perang Organik
  • Berus Gigi : Berus Gigi Kasturi
  • Biskut : Biskut Radix, Biskut Coklat Radix
  • Cecair Pencuci Tangan: Orange Wash
  • Cecair pencuci: Wahdah
  • Daging : Daging Kambing, Lembu Organik HPA
  • Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Ball, Nugget, Burger HPA
  • Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA
  • Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix (menggantikan Nescafe, kopi)
  • Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Kundur
  • Kosmetik: Centella White
  • Milo: Radix Koko
  • Minuman Berkarbonat: Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren, Ice Cream Soda Radix
  • Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)
  • Minyak rambut: Tonik Pandan /Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun
  • Minyak urut: Minyak But-but
  • Perapi rambut: Hair Conditioner HPA
  • Perencah: Perencah Alami
  • Sabun mandi: Sabun Safron/Susu kambing/Pegaga/Cassia/Whitening/Men 2 in 1/Cucumber Bath Gel
  • Sabun pencuci baju: Freesia Plus
  • Sos: Sos Cili, Tomato, Thai HPA
  • Syampu rambut: Syampu Betik/ Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi
  • Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/ Teh Tropika/Teh Manjakani
  • Ubat batuk: Madulia
  • Ubat gigi: Ubat gigi herba HPA, Amal
  • Boikot Israel & Bantu Palestin

Dari Akhbar

Pelajar boleh sertai protes Israel


Perhimpunan aman besar-besaran bantah kekejaman Yahudi di Palestin

KUALA LUMPUR: Pelajar universiti di negara ini dibenarkan menyertai perhimpunan aman yang dirancang bagi membantah tindakan kejam Israel terhadap Palestin, manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan bantahan seumpama itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian tidak mempunyai halangan untuk pelajar dan universiti menyertai bantahan itu, selaras dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lalu.



"Rakyat pelbagai lapisan dapat bersatu melahirkan pendirian kita mengenai keganasan dan saya percaya kita tidak dapat menerima tindakan yang menyebabkan kematian, kerosakan serta kesengsaraan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kepimpinan Masa Depan Malaysia di Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pelajar IPTA boleh menyertai gerakan besar-besaran bagi menunjukkan bantahan terhadap pencabulan dan keganasan Israel di Semenanjung Gaza yang akan diadakan Pemuda Umno.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam dilaporkan berkata, gerakan massa secara besar-besaran oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia melalui pertubuhan bukan kerajaan itu sudah diambil maklum dan dipersetujui oleh Kabinet.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran ketika bercakap kepada pemberita di Putrajaya, semalam berkata, pihaknya akan menggembleng lima juta pelajar dan lebih 300,000 guru dari sekolah di seluruh negara bagi menyertai gerakan besar-besaran itu.

Sementara itu, semua pihak tanpa mengira parti, kaum dan agama, termasuk NGO turut menyatakan sokongan terhadap gerakan itu dan sanggup untuk menyertai gerakan menyuarakan bantahan rakyat terhadap rejim Zionis.

Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Putera MCA dan MIC dalam waktu terdekat ini bagi mengambil langkah yang perlu untuk menyelaraskan gerakan itu.

Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata, parti itu akan mengetepikan sebarang sentimen politik dan sedia menyertai gerakan iti kerana membabitkan isu berkaitan kemanusiaan sejagat, khususnya kepentingan penduduk Palestin.

Akhir Kata

>Dengan rendah hati dan rasa penuh tanggungjawab saya menulis Blog ini dengan tujuan supaya ia menjadi ingatan kepada siapa yang membacanya tentang kekejaman Israel yang berlaku di Palestin sejak dulu hingga sekarang ini.Kesan dan gejala kaum Israel ini amat memedihkan seluruh masyarakat sedunia khasnya orang Islam.Ingatlah kita bahawa dunia ini sudah hampir kiamat,tetapi,kita masih lalai dengan kemewahan dunia.sepatutnya kita mengambil banyak iktibar daripada peristiwa ini....
>Kebanyakan manusia memang tidak mudah diyakinkan bahawa alam ini dan seluruh isinya tiap hari semakin tua.Bahkan sesetengah
orang tidak mahu mengakui bahawa ajalnya sendirisemakin hampir setiap kali umurnya bertambah.Apalagi untuk menghitung umur alam ???????...

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada saudara kita yang menjadi mangsa kejam rejim zionist:



Bismillahhirrahmanirrahim

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.Segala puji bagi-Mu Ya Allah.
Kebaikan itu untuk orang yang bertakwa.Tidak dimusuhi kecuali mereka yang menzalimi.
Selawat dan salam untuk semulia-mulia utusan, dan pengakhiran segala Nabi dan kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda.
Ya Allah, terangi kami dengan sinaran cahaya-Mu,dan jauhkanlah kami dengan sifat lupa.
Wahai sebaik-baik Tuhan Pemberi Rahmat.
Ya Allah.Tuhan yang memiliki keindahan langit dan bumi,
yang mempunyai kehebatan dan kemuliaan yang tidak dicapai oleh makhluk selain daripada-Mu Ya Allah.
Kami bermohon padamu Ya Allah.
Lindungilah kami daripada sebarang bala bencana yang mendatang.
Tabahkanlah hati kami untuk menempuh setiap ujian daripada-Mu Ya Allah.
Bantulah saudara-saudara kami yang menjadi korban rejim zionist laknatullah.
Ya Allah Tinggikanlah semangat jihad kami seperti mana engkau tinggikan semangat orang yang berjihad di jalan-Mu.
Wahai Tuhan kamiTunaikanlah hajat permintaan kami.
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
perkenankanlah segala hajat kami Ya Allah,dengan keberkatan
Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan Al-Fatehah.